Akhlak sangat penting dalam kehidupan muslim bagi menjaga hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain. Akhlak menjadi kayu ukur keimanan seseorang. Memiliki akhlak yang baik merupakan bukti keimanan seseorang dan akhlak yang buruk merupakan bukti kelemahan keimanan seseorang. Akhlak Rasulullah SAW merupakan teladan yang baik untuk kita contohi seperti sabda Baginda iaitu;
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR al-Hakim)"
Kehebatan dan ketinggian akhlak Rasulullah SAW memberi contoh yang baik kepada manusia lain biarpun setelah kewafatan baginda.
DEFINISI AKHLAK
Akhlak daripada segi bahasa arab ialah akhlaqa, ikhlaqan yang bererti perangai(al-sajiyah), Tingkah laku dan tabiat(ath-thabi'ah). Akhlak bukan sahaja merupakan aturan atau norma perilaku yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia tetapi juga norma yang mengatur hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan bahkan dengan alam semesta. Akhlak dari segi istilah merupakan satu keadaan atau sifat yang telah sebati di dalam diri dan menjadi keperibadian manusia dengan melakukan pelbagai perbuatan secara tidak sedar .
KONSEP PEMBENTUKKAN AKHLAK
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Imam Al-Ghazali
Nama: Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al- Ghazali Attusi
Gelaran: Al- Ghazali atau Abu Hamid
Tempat Kelahiran: Ghazalah, Bandar Tusi di wilayah Khurasan, Parsi, Iran
Tarikh Kelahiran: 450H bersamaan 1058M
Kepakaran: Mahir dalam bidang sejarah falsafah islam dan dunia
Karya: Ihya Ulum al-Din
Tarikh Kewafatan: 19 Disember 1111, Tous, Iran
Ibn Miskawayh
Nama: Abu Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub ibn Miskawayh
Gelaran: Ibnu Miskawayh
Tempat Kelahiran: Ziyarid, Iran
Tarikh Kelahiran: 932H
Zaman: Sewaktu kegemilangan Islam
Kepakaran: Theology, sejarah, perubatan, etika & filosofi
Karya: Kitab Al-hayawan & Al Fawz al Asghar
Tarikh Kewafatan: 1030, Isfahan, Iran

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencari ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang menyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan itu ada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
PERBEZAAN ETIKA MORAL DAN AKHLAK
Moral - berasaskan sumber yang terhad dan berasakan pemikiran manusia semata-mata.
SUMBER
Akhlak - bersumberkan Al-Quran dan As-sunnahMoral - berasaskan sumber yang terhad dan berasakan pemikiran manusia semata-mata.
SKOP
Akhlak - mengajar dan memandu manusia kepada tingkahlaku yang baik dan menjauhi perkara maksiat
Moral - bersifat duniawi dan menekankan hubungan antara manusia dengan manusia dan melibatkan soal hukuman yang ringan jika melanggarnya
ROLE MODEL
Akhlak - dilengkapi dengan Kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai seorang model akhlak unggul dengan misi penyempurnaan akhlak yang mulia telah menjadikan nilai-nilai akhlak dalam Islam lebih sempurna.
Moral - menurut pendapat Aristotle dan pendapat para falsafah yang seangkatan dan yang setingkat menjurus kepada teori berbanding rasional dan realiti kehidupan sejagat.
HUBUNG JALIN
Akhlak - Islam yang seringkali dipaparkan bukan sekadar berlegar di bidang moral dan etika sahaja, akan tetapi ia juga menyepadu dalam bidang-bidang agama lain seperti akidah dan fiqh.
Moral - Hanya tertumpu kepada manusia semata
TOKOH PEMIKIRAN AKHLAK ISLAM
Imam Al-Ghazali
Nama: Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al- Ghazali Attusi
Gelaran: Al- Ghazali atau Abu Hamid
Tempat Kelahiran: Ghazalah, Bandar Tusi di wilayah Khurasan, Parsi, Iran
Tarikh Kelahiran: 450H bersamaan 1058M
Kepakaran: Mahir dalam bidang sejarah falsafah islam dan dunia
Karya: Ihya Ulum al-Din
Tarikh Kewafatan: 19 Disember 1111, Tous, Iran
Ibn Miskawayh
Nama: Abu Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub ibn Miskawayh
Gelaran: Ibnu Miskawayh
Tempat Kelahiran: Ziyarid, Iran
Tarikh Kelahiran: 932H
Zaman: Sewaktu kegemilangan Islam
Kepakaran: Theology, sejarah, perubatan, etika & filosofi
Karya: Kitab Al-hayawan & Al Fawz al Asghar
Tarikh Kewafatan: 1030, Isfahan, Iran
No comments:
Post a Comment