PENGENALAN
Ajaran Islam adalah ajaran yang bersumberkan pada wahyu Allah S.W.T iaitu Al-Quran dan Hadis. Islam itu bersifat menyeluruh iaitu syumul. Akhlak merupakan perkara yang dititikberatkan di dalam ajaran Islam.
Dari segi etimologi, Akhlak bermaksud sifat atau tabiat. Dari segi istilah, akhlak ialah kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melahirkan perbuatan baik dan buruk.
Konsep Akhlak menurut Imam Al-Ghazali adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang darinya lahir perbuatan yang mudah tanpa pertimbangan pikiran terlebih dahulu. Akhlak meliputi jangkauan yang sangat luas dalam segala aspek kehidupan. Akhlak meliputi hubungan hamba dengan Tuhannya (vertikal) dalam bentuk ritual keagamaan dan berbentuk pergaulan sesama manusia (horizontal) dan juga sifat serta sikap yang terpantul terhadap semua makhluk (alam semesta).
Bagi seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW kerana sifat-sifat yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) terbaik bagi seluruh kaum Muslimin.

KONSEP SIFAT MAHMUDAH
konsep akhlak terpuji (mahmudah)
Akhlak mahmudah ialah perbuatan yang terpuji berdasarkan pandangan akal dan syariat islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah SAW.
Contoh- Contoh Akhlak Terpuji ;-
Ø
Rasa
belas kasih dan lemah lembut (ar-rahman).
Ø
Pemaaf
dan bermusyawarah (al-afwu).
Ø
Sikap
dapat dipercaya dan mampu menepati janji (amanah).
Ø
Manis
muka dan sombong (anisatun).
Ø
Tekun
dan merendahkan diri di hadapan Allah SWT (khusyu’ dan tadharru).
Ø
Sifat
malu (haya’).
Ø
Pesaudaraan
dan perdamaian (al-ikhwal dan il-islahi).
Ø
Berbuat
baik dan beramal shaleh (al-shalihat).
Ø
Sabar
(al-sabr)
Ø
Suka
saling menolong (ta’awun)
Ø
Akhlak-akhlak
lain seperti sifat di senangi, menghormati tamu, menahan diri dari maksiat,
berbudi pekerti tinggi, bersih/suci, pemurah, sejahtera,
jujur, berani kerana benar, rendah hati.
Ø
Benar
(ash- shidqu).
DALIL AL-QURAN DAN HADIS NABI
Rasulullah S.A.W bersabda,
إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا
“Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling bagus akhlaknya di antara kalian.” (HR. Tirmidzi no. 1941. Dinilai hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jaami’ no. 2201.)
إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (QS. Al-Insaan [76]: 9)
Oleh karena itu, janganlah kita berhias dengan akhlak yang mulia dengan selalu mengharapkan mendapatkan perlakuan yang semisal dan sebanding dari orang lain. Salah seorang sahabat Nabi S.A.W berkata kepada beliau,
يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي، وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ، وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki kerabat. Aku berusaha menyambung silaturahim dengan mereka, namun mereka memutusnya. Aku berbuat baik kepada mereka, namun mereka tidak berbuat baik kepadaku. Aku bersabar dengan gangguan mereka, namun mereka menyakitiku.”
DEFINISI ZUHUD:
Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" yang bermaksud 'orang yang tidak suka'. Demikian juga penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.
Pengertian zuhud yang lebih khusus, ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi mengelakkan diri daripada perkara itu dan meninggalkannya

DALIL ZUHUD
Di antara ayat yang menyebutkan zuhud adalah firman Allah Ta’ala tentang orang mukmin di kalangan keluarga Fir’aun yang mengatakan,
وَقَالَ ٱلَّذِيٓ ءَامَنَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُونِ أَهۡدِكُمۡ سَبِيلَ ٱلرَّشَادِ ٣٨ يَٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَٰعٞ وَإِنَّ ٱلۡأٓخِرَةَ هِيَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ ٣٩
“Orang yang beriman itu berkata: "Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39)
PERINGKAT-PERINGKAT ZUHUD
Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;
1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba menjauhkan dirinya dan cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam peringkat ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.
2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.
3. Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan ia merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

TANDA-TANDA ZUHUD
a) Umumnya ia tidak bergembira dengan adanya sesuatu dan tidak berduka-cita dengan ketiadaan sesuatu. Ini tanda zuhud pada harta benda, kekayaan dan wang.
b) Umumnya tidak terkesan celaan orang ataupun pujian orang kepadanya. Ini tanda zuhud pada kemegahan, pengaruh dan pandangan orang.
c) Hatinya mesra (jinak hati) dengan Allah. Dia berasa manis dan lazat untuk taat kepada Allah.
DEFINISI SABAR:
- Ketakutan. Sebagai contoh: Takut miskin, takut takde kerja
- Kelaparan. Contohnya takut hidup kelaparan, takut takde air seperti kemarau berpanjangan dan lain-lain.
- Harta berkurangan. Contoh terbaik adalah apabila duit berkurang sahaja, hati kita akan terus rasa gelisah padahal Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Disebabkan kurang yakin, mereka akan bkerja bagaikan tidak akan mati.
- Diri sendiri diuji. Iaitu seperti ditimpa penyakit demam panas dan sebagainya.
- Tumbuh-tumbuhan. Terutamanya yang menjalankan perniagaan pertaniaan atau mereka yang mempunyai kebun-kebun. Apabila buah mereka kurang atau tidak tumbuh hasilnya. Mereka akan resah dan gelisah.
KESIMPULAN
Sifat mahmudah haruslah diterapkan dalam diri setiap umat Islam. Hal ini kerana, sifat terpuji ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita sebagai manusia menjaga hubungan sesama manusia bahkan makhluk yang lain juga. Dalam pada masa itu , kita sebagai umat islam juga wajiblah mengamalkan sifat sifat mahmudah yang ada di dalam diri Nabi Muhammad. Sebagai umat islam juga haruslah mengelakkan sifat sifat mazmumah seperti hasad dengki, bakhil, riak dan sebagainya,