Sunday, January 5, 2020

SIFAT MAHMUDAH

PENGENALAN
Ajaran Islam adalah ajaran yang bersumberkan pada wahyu Allah S.W.T iaitu Al-Quran dan Hadis. Islam itu bersifat menyeluruh iaitu syumul. Akhlak merupakan perkara yang dititikberatkan di dalam ajaran Islam.  
Dari segi etimologi, Akhlak bermaksud sifat atau tabiat. Dari segi istilah, akhlak ialah kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melahirkan perbuatan baik dan buruk.
Konsep Akhlak menurut Imam Al-Ghazali adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang darinya lahir perbuatan yang mudah tanpa pertimbangan pikiran terlebih dahulu. Akhlak meliputi jangkauan yang sangat luas dalam segala aspek kehidupan. Akhlak meliputi hubungan hamba dengan Tuhannya (vertikal) dalam bentuk ritual keagamaan dan berbentuk pergaulan sesama manusia (horizontal) dan juga sifat serta sikap yang terpantul terhadap semua makhluk (alam semesta).
Bagi seorang muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad SAW kerana sifat-sifat yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswatun hasanah (contoh teladan) terbaik bagi seluruh kaum Muslimin.


KONSEP SIFAT MAHMUDAH
 konsep akhlak terpuji (mahmudah)
Akhlak mahmudah ialah perbuatan yang terpuji berdasarkan pandangan akal dan syariat islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah SAW.

 Contoh- Contoh Akhlak Terpuji ;-

Ø  Rasa belas kasih dan lemah lembut (ar-rahman).

Ø  Pemaaf dan bermusyawarah (al-afwu).

Ø  Sikap dapat dipercaya dan mampu menepati janji (amanah).

Ø  Manis muka dan sombong (anisatun).

Ø  Tekun dan merendahkan diri di hadapan Allah SWT (khusyu’ dan tadharru).

Ø  Sifat malu (haya’).

Ø  Pesaudaraan dan perdamaian (al-ikhwal dan il-islahi).

Ø  Berbuat baik dan beramal shaleh (al-shalihat).

Ø  Sabar (al-sabr)

Ø  Suka saling menolong (ta’awun)
Ø  Akhlak-akhlak lain seperti sifat di senangi, menghormati tamu, menahan diri dari maksiat, berbudi pekerti tinggi, bersih/suci, pemurah, sejahtera, jujur, berani kerana benar, rendah hati.

Ø  Benar (ash- shidqu).  

     DALIL AL-QURAN DAN HADIS NABI
   Rasulullah S.A.W bersabda,
إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ القِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا
“Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat adalah mereka yang paling bagus akhlaknya di antara kalian.” (HR. Tirmidzi no. 1941. Dinilai hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jaami’ no. 2201.)

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (QS. Al-Insaan [76]: 9)

Oleh karena itu, janganlah kita berhias dengan akhlak yang mulia dengan selalu mengharapkan mendapatkan perlakuan yang semisal dan sebanding dari orang lain. Salah seorang sahabat Nabi S.A.W berkata kepada beliau,

يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي، وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ، وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memiliki kerabat. Aku berusaha menyambung silaturahim dengan mereka, namun mereka memutusnya. Aku berbuat baik kepada mereka, namun mereka tidak berbuat baik kepadaku. Aku bersabar dengan gangguan mereka, namun mereka menyakitiku.”


DEFINISI ZUHUD:
Perkataan "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur'an dengan ungkapan "al-Zahidin" yang bermaksud 'orang yang tidak suka'. Demikian juga penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.

Pengertian zuhud yang lebih khusus, ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah s.w.t. sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk mendapatkannya, tapi mengelakkan diri daripada perkara itu dan meninggalkannya

DALIL ZUHUD
 Di antara ayat yang menyebutkan  zuhud adalah firman Allah Ta’ala tentang orang mukmin di kalangan keluarga Fir’aun yang mengatakan,
وَقَالَ ٱلَّذِيٓ ءَامَنَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُونِ أَهۡدِكُمۡ سَبِيلَ ٱلرَّشَادِ ٣٨ يَٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَٰعٞ وَإِنَّ ٱلۡأٓخِرَةَ هِيَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ ٣٩
Orang yang beriman itu berkata: "Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (QS. Ghafir: 38-39) 

PERINGKAT-PERINGKAT ZUHUD
Dipandang kepada pencapaian manusia didapati zuhud itu ada beberapa peringkat;

1. Zuhud yang paling rendah ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan, iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi ia berjihad untuk cuba menjauhkan dirinya dan cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam peringkat  ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.

2. Zuhud yang pertengahan ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.

3. Zuhud yang paling tinggi ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Baginya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. zuhud dalam peringkat ini akan menyebabkan ia merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma'rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.

TANDA-TANDA ZUHUD

a)      Umumnya ia tidak bergembira dengan adanya sesuatu dan tidak berduka-cita dengan ketiadaan sesuatu. Ini tanda zuhud pada harta benda, kekayaan dan wang.

b)      Umumnya tidak terkesan celaan orang ataupun pujian orang kepadanya. Ini tanda zuhud pada kemegahan, pengaruh dan pandangan orang.

c)      Hatinya mesra (jinak hati) dengan Allah. Dia berasa manis dan lazat untuk taat kepada Allah.







DEFINISI SABAR:



Dari segi bahasa sabar berasal dari perkataan Arab iaitu dari kata sobaro yasbiru, yang ertinya menahan. Dari segi istilah, sabar adalah menahan diri dari segala macam bentuk kesulitan, kesedihan atau menahan diri dalam menghadapi segala sesuatu yang tidak disukai dan dibenci. Adapun sabar secara lebih luas adalah menahanan diri agar tidak mudah marah, berkeluh kesah, benci, dendam, tidak mudah putus asa, melatih diri dalam ketaatan dan membentengi diri agar tidak melakukan perbuatan keji dan maksiat.

Dalam Islam, ada tiga bentuk sabar iaitu sabar dalam ketaatan, sabar dalam menghadapi musibah, dan sabar dalam menjauhi perbuatan maksiat.


DALIL TENTANG SABAR
Berikut ini ada beberapa ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan sabar, diantaranya iaitu:
surat-al-baqarah-ayat-153
Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar“. (QS. Al-Baqarah: 153)

KELEBIHAN SABAR
  1. Diampunkan dosa untuknya
  2.  Dibebaskan daripada seksa api neraka
  3. Mendapat rahmat Allah
  4. Jaminan mendapat pertolongan Allah
  5. Mendapat ganjaran syurga

BENTUK UJIAN ALLAH
  1. Ketakutan. Sebagai contoh: Takut miskin, takut takde kerja
  2. Kelaparan. Contohnya takut hidup kelaparan, takut takde air seperti kemarau berpanjangan dan lain-lain.
  3. Harta berkurangan. Contoh terbaik adalah apabila duit berkurang sahaja, hati kita akan terus rasa gelisah padahal Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Disebabkan kurang yakin, mereka akan bkerja bagaikan tidak akan mati.
  4. Diri sendiri diuji. Iaitu seperti ditimpa penyakit demam panas dan sebagainya.
  5. Tumbuh-tumbuhan. Terutamanya yang menjalankan perniagaan pertaniaan atau mereka yang mempunyai kebun-kebun. Apabila buah mereka kurang atau tidak tumbuh hasilnya. Mereka akan resah dan gelisah.




KESIMPULAN

Sifat mahmudah haruslah diterapkan dalam diri setiap umat Islam. Hal ini kerana, sifat terpuji ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita sebagai manusia menjaga hubungan sesama manusia bahkan makhluk yang lain juga. Dalam pada masa itu , kita sebagai umat islam juga wajiblah mengamalkan sifat sifat mahmudah yang ada di dalam diri Nabi Muhammad. Sebagai umat islam juga haruslah mengelakkan sifat sifat mazmumah seperti hasad dengki, bakhil, riak dan sebagainya, 





Wednesday, December 18, 2019

AKHLAK ISLAMIYYAH

PENGENALAN

Akhlak sangat penting dalam kehidupan muslim bagi menjaga hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain. Akhlak menjadi kayu ukur keimanan seseorang. Memiliki akhlak yang baik merupakan bukti keimanan seseorang dan akhlak yang buruk merupakan bukti kelemahan keimanan seseorang. Akhlak Rasulullah SAW merupakan teladan yang baik untuk kita contohi seperti sabda Baginda iaitu;


"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR al-Hakim)"

Kehebatan dan ketinggian akhlak Rasulullah SAW memberi contoh yang baik kepada manusia lain biarpun setelah kewafatan baginda.

DEFINISI AKHLAK


Akhlak daripada segi bahasa arab ialah akhlaqa, ikhlaqan yang bererti perangai(al-sajiyah), Tingkah laku dan tabiat(ath-thabi'ah). Akhlak bukan sahaja merupakan aturan atau norma perilaku yang mengatur hubungan  antara manusia dengan  manusia tetapi juga norma yang mengatur hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T  dan bahkan dengan alam semesta. Akhlak dari segi istilah merupakan satu keadaan atau sifat yang telah sebati di dalam diri dan menjadi keperibadian manusia dengan melakukan pelbagai perbuatan secara tidak sedar .


KONSEP PEMBENTUKKAN AKHLAK


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. 

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencari ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang menyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan itu ada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
PERBEZAAN ETIKA MORAL DAN AKHLAK

SUMBER 
Akhlak -  bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah
 Moral -   berasaskan sumber yang terhad dan berasakan pemikiran manusia semata-mata.

SKOP  
Akhlak - mengajar dan memandu manusia kepada tingkahlaku yang baik dan menjauhi perkara                           maksiat 
Moral - bersifat duniawi dan menekankan hubungan antara manusia dengan manusia dan melibatkan               soal hukuman yang ringan jika melanggarnya

    ROLE MODEL
Akhlak - dilengkapi dengan Kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai seorang model akhlak unggul                           dengan misi penyempurnaan akhlak yang mulia telah menjadikan nilai-nilai akhlak dalam                   Islam lebih sempurna.
Moral -  menurut pendapat Aristotle dan pendapat para falsafah yang seangkatan dan yang setingkat                  menjurus kepada teori berbanding rasional dan realiti kehidupan sejagat.

HUBUNG JALIN
Akhlak - Islam yang seringkali dipaparkan bukan sekadar berlegar di bidang moral dan etika sahaja,                 akan tetapi ia juga menyepadu dalam bidang-bidang agama lain seperti akidah dan fiqh.
Moral -   Hanya tertumpu kepada manusia semata


TOKOH PEMIKIRAN AKHLAK ISLAM


Imam Al-Ghazali





Nama: Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al- Ghazali Attusi

Gelaran: Al- Ghazali atau Abu Hamid
Tempat Kelahiran: Ghazalah, Bandar Tusi di wilayah Khurasan, Parsi, Iran
Tarikh Kelahiran: 450H  bersamaan 1058M
Kepakaran: Mahir dalam bidang sejarah falsafah islam dan dunia
Karya: Ihya Ulum al-Din
Tarikh Kewafatan: 19 Disember 1111, Tous, Iran


Ibn Miskawayh






Nama: Abu Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub ibn Miskawayh

Gelaran: Ibnu Miskawayh
Tempat Kelahiran: Ziyarid, Iran
Tarikh Kelahiran: 932H
Zaman: Sewaktu kegemilangan Islam
Kepakaran: Theology, sejarah, perubatan, etika & filosofi
Karya: Kitab Al-hayawan & Al Fawz al Asghar
Tarikh Kewafatan: 1030, Isfahan, Iran




PENGENALAN SIFAT MAZMUMAH   Sifat mazmumah ialah sifat yang tercela atau perbuatan yang jahat yang menjatuhkan iman seseorang dan menja...